Tuesday, March 16, 2010

Majlis Penetapan Target Dan Ikrar Murid 2010





Semoga target yang dibuat akan tercapai dan ikrar yang dilafazkan akan dilaksanakan. Semoga calon-calon PMR dan SPM 2010 akan beroleh kejayaan




Salam Perpisahan

Assalamualaikum... apa khabar semua..Adalah dimaklumkan bahawa saya kini telah bertukar ke SMK Yoke Kuan, Sekinchan, Sabak Bernam atas sebab-sebab peribadi. Selama lebih kurang 2 tahun saya berkhidmat di SMK Dato' Hj Kamaruddin, pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi. Pengalaman-pengalaman tersebut amat berguna untuk saya bagi membantu pelajar-pelajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Pengalaman-pengalaman yang saya kutip selama bersama-sama warga SMD adalah suatu harta yang tidak akan saya perolehi dalam mana-mana buku atau sebarang bahan bacaan lain. Ianya adalah sesuatu yang unik yang akan saya gunakan selagi saya bergelar Guru Kaunseling.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pentadbir SMK DHK dan rakan-rakan guru di atas kerjasama yang telah diberikan semasa saya berkhidmat di SMK DHK serta tidak lupa kepada murid-murid SMD yang saya kasihi kerana memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas. Saya doakan agar warga SMK DHK akan cemerlang ddan gemilang seperti yang diharapkan. Maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang mungkin saya lakukan secara sengaja atau tidak. Moga kita akan jumpa lagi di lain ketika..insyaallah. Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT BERTUGAS di SMK DHK kepada Guru Kaunseling yang baru, Siti Zaleha Bt Che Omar. Murid-murid SMD amat memerlukan cikgu...

TAHNIAH

TAHNIAH.. Kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2009...! Kepada yang masih belum berjaya masih ada masa dan harapan untuk anda. Yang penting anda ada keinginan untuk mengubah diri ke arah yang positif dan masa depan yang lebih baik. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalannya.
Kepada calon-calon SPM 2010, semoga anda juga beroleh kejayaan yang cemerlang. Tepuk dada tanya selera. Anda sendiri yang menentukan arah tujuan hidup anda. Anda sendiri yang mencorakkan perjalanan hidup anda. Anda sendiri yang mengukir masa depan anda. Buatlah pilihan anda sendiri

Sunday, February 14, 2010

Makluman

Salam..
kepada pengunjung yang ingin menghubungi kami untuk bertanya soalan, minta nasihat atau berkongsi pengalaman.., bolehlah hantarkan kepada kami melalui.... unitkaunselingsmd@gmail.com


Kepada anak didik kaum Cina..
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA





Renungkan Sejenak

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?" Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian." Hanya itu jawapan si ibu.
Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini...bersambung.

Untuk Anak Didik - WARISAN

Buat anak didik yang disayangi... kalian adalah pewaris yang akan menentukan kejayaan dan kegemilangan sekolah kita..

SMK DHK ini.

PROGRAM 2009

PECUTAN AKHIR SPM '09



KURSUS PRS DAERAH'09




KARNIVAL KERJAYA NEGERI '09




KARNIVAL KERJAYA DAERAH'09


Saturday, February 6, 2010

Bersama AADK dan Unit PPDa Daerah

Murid mendengar ceramah ringkas daripada En. Ariffin, Pegawai PPDa daerah.



Pegawai daripada AADK daerah memberikat taklimat ringkas sebelum ujian air kencing dijalankan

Air kencing akan diuji oleh pegawai daripada AADK menggunakan bahan khas.

****

Keputusan awal ujian mendapati semua murid yang terlibat adalah negatif ( tiada kesan pengambilan dadah ) - kebanyakan murid yang dipilih menjalani ujian air kencing ini adalah murid yang dikenalpasti menghisap rokok. Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan, murid-murid SMK DHK didapati tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan terlarang.

Namun begitu bilangan murid ( lelaki ) yang menghisap rokok agak ramai dan ada sesetengah murid telah berjinak-jinak dengan rokok semenjak berada di sekolah rendah lagi. Maklumat ini diperolehi berdasarkan sesi kaunseling serta tinjauan yang dijalankan. Kebanyakan murid yang terlibat dengan rokok ini memaklumkan mereka menghisap rokok hanyalah 'suka-suka'.

Unit Disiplin yang diketuai oleh Cikgu Mazlan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan cuba sedaya upaya mengurangkan seterusnya membenteras penghisap-penghisap rokok dalam kalangan murid-murid SMK DHK ini. Dengan sokongan pihak pentadbir serta semua guru, usaha ini pasti akan membuahkan hasil dan SMK DHK bukan sahaja melahirkan murid yang cemerlang malah sihat tubuh badan tanpa ada pengaruh rokok.

Bicara Hati - Satu Perkongsian Pintar

Murid-murid Tingkatan 3 bersedia untuk mendengar perkongsian pengalaman daripada abang dan kakak Cemerlang PMR 2009
Salah seorang panel menceritakan pengalaman ketika membuat persediaan untuk PMR 2009
Calon PMR 2010 mendengar pengalaman daripada kakak dan abang yang cemerlang dalam PMR 2009

Wednesday, February 3, 2010

MAKLUMAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling sedang menjalankan sesi temuduga kepada pemohon-pemohon yang ingin menjadi Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ). Kepada pemohon yang berjaya, keputusan akan dimaklumkan melalui surat lantikan yang diberi. Pemohon yang berjaya kami ucapkan tahniah . Semoga menjadi seorang PRS yang berwibawa

Saturday, January 30, 2010

Gambar Bilik Kaunseling






Persekitaran Sekolah

Beberapa lokasi pandangan di SMK DHK


Tuan Pengetua

Pengetua Cemerlang
Tn Hj Manap Bin Jarkasi
Pengetua SMK DHK


Pintu masuk utama SMK DHK

Salam buat semua. Blog kaunseling ini baru dibina dan pasti banyak kelemahan dan kekurangan yang terdapat. kami akan cuba memperbaiki kelemahan dan kekurangan ini dari semasa ke semasa. Sekiranya ada komen yang membina, kami menerima dengan tangan terbuka.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.. diharap kelahiran blog ini dapat memeriahkan lagi laman blog berkaitan kaunseling. kami mengharapkan juga perkongsian di laman ini dapat memberi manfaat kepada yang singgah di blog ini.

sekian..