Saturday, February 6, 2010

Bersama AADK dan Unit PPDa Daerah

Murid mendengar ceramah ringkas daripada En. Ariffin, Pegawai PPDa daerah.



Pegawai daripada AADK daerah memberikat taklimat ringkas sebelum ujian air kencing dijalankan

Air kencing akan diuji oleh pegawai daripada AADK menggunakan bahan khas.

****

Keputusan awal ujian mendapati semua murid yang terlibat adalah negatif ( tiada kesan pengambilan dadah ) - kebanyakan murid yang dipilih menjalani ujian air kencing ini adalah murid yang dikenalpasti menghisap rokok. Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan, murid-murid SMK DHK didapati tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan terlarang.

Namun begitu bilangan murid ( lelaki ) yang menghisap rokok agak ramai dan ada sesetengah murid telah berjinak-jinak dengan rokok semenjak berada di sekolah rendah lagi. Maklumat ini diperolehi berdasarkan sesi kaunseling serta tinjauan yang dijalankan. Kebanyakan murid yang terlibat dengan rokok ini memaklumkan mereka menghisap rokok hanyalah 'suka-suka'.

Unit Disiplin yang diketuai oleh Cikgu Mazlan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan cuba sedaya upaya mengurangkan seterusnya membenteras penghisap-penghisap rokok dalam kalangan murid-murid SMK DHK ini. Dengan sokongan pihak pentadbir serta semua guru, usaha ini pasti akan membuahkan hasil dan SMK DHK bukan sahaja melahirkan murid yang cemerlang malah sihat tubuh badan tanpa ada pengaruh rokok.

Bicara Hati - Satu Perkongsian Pintar

Murid-murid Tingkatan 3 bersedia untuk mendengar perkongsian pengalaman daripada abang dan kakak Cemerlang PMR 2009
Salah seorang panel menceritakan pengalaman ketika membuat persediaan untuk PMR 2009
Calon PMR 2010 mendengar pengalaman daripada kakak dan abang yang cemerlang dalam PMR 2009

Wednesday, February 3, 2010

MAKLUMAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling sedang menjalankan sesi temuduga kepada pemohon-pemohon yang ingin menjadi Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ). Kepada pemohon yang berjaya, keputusan akan dimaklumkan melalui surat lantikan yang diberi. Pemohon yang berjaya kami ucapkan tahniah . Semoga menjadi seorang PRS yang berwibawa