Tuesday, March 16, 2010

Salam Perpisahan

Assalamualaikum... apa khabar semua..Adalah dimaklumkan bahawa saya kini telah bertukar ke SMK Yoke Kuan, Sekinchan, Sabak Bernam atas sebab-sebab peribadi. Selama lebih kurang 2 tahun saya berkhidmat di SMK Dato' Hj Kamaruddin, pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi. Pengalaman-pengalaman tersebut amat berguna untuk saya bagi membantu pelajar-pelajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Pengalaman-pengalaman yang saya kutip selama bersama-sama warga SMD adalah suatu harta yang tidak akan saya perolehi dalam mana-mana buku atau sebarang bahan bacaan lain. Ianya adalah sesuatu yang unik yang akan saya gunakan selagi saya bergelar Guru Kaunseling.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pentadbir SMK DHK dan rakan-rakan guru di atas kerjasama yang telah diberikan semasa saya berkhidmat di SMK DHK serta tidak lupa kepada murid-murid SMD yang saya kasihi kerana memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas. Saya doakan agar warga SMK DHK akan cemerlang ddan gemilang seperti yang diharapkan. Maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang mungkin saya lakukan secara sengaja atau tidak. Moga kita akan jumpa lagi di lain ketika..insyaallah. Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT BERTUGAS di SMK DHK kepada Guru Kaunseling yang baru, Siti Zaleha Bt Che Omar. Murid-murid SMD amat memerlukan cikgu...

No comments:

Post a Comment